Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Iskandar tersenarai walaupun cedera

ISKANDAR ZULKARNAIN ZAINUDDIN perlu mempersiapkan diri selepas namanya tersenarai dalam kejohanan Pi
ISKANDAR ZULKARNAIN ZAINUDDIN perlu mempersiapkan diri selepas namanya tersenarai dalam kejohanan Piala Sudirman di Gold Coast, bulan hadapan.

KUALA LUMPUR 28 April – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan kejutan dengan menyenaraikan Iskandar Zulkarnain Zainuddin sebagai perseorangan kedua negara dalam kejohanan Piala Sudirman yang akan berlangsung di Gold Coast, bulan hadapan.

Iskandar yang sedang dalam proses pemulihan akibat kecederaan cakera teranjak menjadi pemain pilihan kedua bagi acara perseorangan di belakang jaguh No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberitahu, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada taktikal pasukan dan Chong Wei serta Iskandar merupakan dua pemain utama yang dijadikan sandaran untuk menyumbang mata buat negara.

Beliau berkata, Iskandar perlu bersedia untuk ke Piala Sudirman memandangkan pemain berusia 26 tahun itu sudah mula menjalani latihan bagi menyertai Grand Prix (GP) Emas Terbuka Thailand 30 Mei hingga 4 Jun ini.

“Ini bukan mengambil risiko sebaliknya lebih kepada taktikal pasukan, bagi saya Terbuka Thailand dan Piala Sudirman tidak jauh, jika dia disiapkan untuk ke Thailand kenapa tidak lakukannya untuk ke Piala Sudirman? Kami mahu menghantar pasukan yang kuat untuk beraksi di sana.

“Saya harap dan yakin Iskandar boleh disiapkan sebelum kita berlepas ke Piala Sudirman kerana dia juga sudah mula menjalani latihan,”katanya selepas Mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Mengulas mengenai kecederaan yang membelenggu pemain beregu campuran, Goh Liu Ying, Timbalan Presiden BAM itu menegaskan beliau akan meminta Pengarah Teknikal, Morten Frost Hansen merujuk perkara tersebut kepada Program Podium.

“Kita sudah berbincang dengan Liu Ying berkenaan kecederaan bahu dan lututnya itu. Morten akan merujuk perkara itu kepada Program Podium bagi memastikan dia mendapat rawatan terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza turut mendedahkan empat pemain berada dalam senarai untuk digantung daripada menyertai tiga kejohanan gara-gara tidak lulus ujian kecergasan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain