Kah Ming-Juan Shen yang menghuni ranking ke-24 dunia terpaksa akur kepada pasa­ngan pilihan kelapan dari Jepun tersebut apabila tumpas 21-13, 21-12 dalam tempoh 29 minit.

Meskipun gagal ke final namun pencapaian pasangan beregu negara itu adalah sesuatu yang membanggakan apabila kekal konsisten untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik dalam dua kejohanan sebelum ini.

Pasangan beregu negara itu sebelum ini mencipta kejutan apabila menewaskan wakil dari Taiwan, Su Ching Heng-Liao Min Chun yang menduduki tangga ke-19 dunia untuk mara ke suku akhir kejohanan.

Kah Ming-Juan Shen menjadi wakil tunggal Malaysia dalam separuh akhir setelah rakan senegara mereka tumpas lebih awal.