Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Giliran V Shem, Wee Kiong tersingkir awal

GOH V SHEM (kiri) dan Tan Wee Kiong kalah mengejut pada pusingan
GOH V SHEM (kiri) dan Tan Wee Kiong kalah mengejut pada pusingan kedua Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland sebentar tadi.

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melengkapkan hari malang Malaysia dalam Kejohanan Badminton Dunia apabila menjadi mangsa kejutan terbaru dengan tersingkir seawal pusingan kedua di Glasgow, Scotland sebentar tadi.

Sehari selepas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei kalah mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Perancis, Brice Leverdez, tiba giliran V Shem-Wee Kiong pula ditunjukkan jalan keluar di Emirates Arena apabila tunduk 18-21, 16-21 kepada Cheung Eui Seok-Kim Dukyoung dari Korea Selatan.

Beberapa jam sebelum itu, juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli turut kalah straight-set 18-21, 13-21 kepada pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk pada pusingan kedua perseorangan lelaki.

Kekalahan V Shem-Wee Kiong bukan sahaja meletakkan Malaysia berisiko gagal menamatkan kempen tanpa sebarang kejuaraan, malah bakal memahat rekod sebagai pencapaian terburuk pada kejohanan tersebut.

Beregu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen masih meneruskan cabaran Malaysia, namun berdepan tugas getir kerana bakal menentang pasangan No. 2 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark sebentar lagi.

Beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula bakal berdepan pilihan ke-13 dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping esok.

Bekas pemain kebangsaan, Sannatasah Saniru juga masih meneruskan persaingan tetapi bergandingan dengan pemain Switzerland, Nadia Fankhauser dalam beregu wanita. Gandingan itu akan bertemu pilihan ketiga, Chang Ye Na-Lee So Hee dari Korea Selatan, awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain