Jin Wei, 18, mengambil masa 42 minit untuk mengetepikan Ohori 21-18, 22-20, sekali gus membalas dendam atas kekalahan kepada pemain tersebut dalam kejohanan badminton All England, Mac lalu.

Tugas getir bagaimanapun menanti Jin Wei pada pusingan ketiga esok apabila bakal menentang juara bertahan yang juga pilihan kelapan, Nozomi Okuhara, juga dari Jepun.

Jika Jin Wei mencatat kemenangan pertama ke atas Ohori dalam tiga pertemuan mereka, pemain pemain No. 30 dunia itu bagaimanapun tidak pernah bertemu Okuhara dalam mana-mana kejohanan sebelum ini. - UTUSAN ONLINE