Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Exco patut bertindak

Serah kepada ‘calon presiden’ keputusan kurang bijak

Elyas Omar 3
Elyas Omar

KUALA LUMPUR 9 April - Bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dr. Elyas Omar menganggap exco badan induk tersebut membuat keputusan kurang bijak apabila menyerahkan kepada Tan Sri Mohamed Al-Amin dan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sendiri untuk menyelesaikan isu pemilihan presiden.

Tegas Elyas, sebagai exco mereka sepatutnya membenarkan pemilihan diteruskan selaras dengan perlembagaan kerana kedua-dua pemimpin tersebut sudah menyuarakan minat untuk menduduki kerusi No. 1 berkenaan.

“Mereka (exco) harus merujuk kepada perlembagaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

“Bagi saya jika dalam soal memilih presiden pun tidak boleh membuat keputusan lebih baik mereka letak jawatan.

“Dalam hal ini, exco sewajarnya mengetahui apa yang harus dilakukan tambahan pula apabila sudah terang-terangan ada calon untuk pemilihan AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) hujung bulan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif BAM di Kuching semalam, semua exco badan badminton itu bersetuju memberi mandat kepada Mohamed Al-Amin dan Mohamad Norza menyelesaikan kemelut pemilihan jawatan presiden pada AGM, 29 April.

Kemelut timbul antara Pemangku Presiden BAM, Mohamed Al-Amin dan lagi Timbalan Presiden, Mohamad Norza selepas wujudnya ‘gentlemen’s agreement’ yang me­nyatakan bahawa jawatan presiden bagi penggal 2017-2021 akan diisi Mohamad Norza.

Dalam pada itu, Elyas yang merupakan Presiden BAM dari tahun 1985 hingga 1993 berkata, beliau tidak begitu gembira dengan situasi terkini badan induk tersebut.

Tambah Elyas, pemilihan harus berlangsung, terutama apabila dua Timbalan Presiden BAM telah menunjukkan minat bagi jawatan No.1 itu.

“Mereka (Exco) juga harus sedar bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan boleh mengambil tindakan andai perlembagaan tidak diikuti bagi proses pemilihan presiden.

“Mereka kena baca betul-betul perlembagaan sebelum membuat sebarang tindakan,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain