Ong Ewe Hock jelas bukan tandingan Heryanto Arbi dalam perlawanan akhir perseorangan (individu) apabila tunduk mudah 5-15, 3-15. Malaysia juga tewas dalam berpasukan lelaki.

Temasya sebelum ini kerap menyaksikan Malaysia memecahkan monopoli Indonesia sama ada dalam berpasukan lelaki mahupun beregu lelaki.

Turut meraih perak berpasukan ialah Cheah Soon Kit, Chew Choon Eng, Lee Chee Leong, Rosman Razak, Tan Kim Her, Jason Wong dan Yong Hock Kin.

Bersama-sama Ang Li Peng, Choon Eng juga menambah sebutir gangsa beregu campuran

Tuan rumah turut membolot enam lagi emas bagi berpasukan wanita, perseorangan wanita, beregu lelaki dan wanita serta campuran malah menguasai perak dalam empat acara daripadanya kerana kedua-dua wakilnya mara ke perlawanan akhir.