Pasangan No. 2 negara itu tewas 15-21, 21-17, 16-21 kepada Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe dari Jepun dalam aksi yang berlangsung lebih sejam.

“Saya akui, kami terlalu teruja untuk menang selepas menewaskan (Mathias) Boe (dan pasangannya, Carsten Mogensen) semalam, jadi perkara itu membuatkan kami berada dalam keadan tertekan.

“Set kedua kami bermain dengan baik tetapi set ketiga mereka lebih fokus dan pukulan mereka lebih baik daripada kami,” kata Ee Yi selepas tamat permainan.

Terdahulu, beregu wanita negara, Lim Chiew Sien-Tan Sueh Jeou turut terkandas selepas tewas kepada Delia Destiara Haris-Rizki Amelia Pradipta dari Indonesia 15-21, 15-21. - UTUSAN ONLINE