KUALA LUMPUR 20 Jan. - Harapan untuk menyaksikan pasangan beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin merangkul kejuaraan Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters tidak kesampaian selepas tewas dalam aksi final menentang pasangan No.1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, hari ini.
Ee Yi-Yew Sin yang menerima sokongan padu daripada keseluruhan penyokong yang hadir di Axiata Arena, di sini nyata bukan tandingan Marcus-Kevin apabila terpaksa akur dengan keputusan 15-21, 16-21.
Kekalahan itu merupakan yang keempat berturut-turut buat pasangan negara kepada jaguh Indonesia itu selepas kali terakhir tewas di Siri Jelajah Dunia 1,000 Terbuka Indonesia tahun lalu.- UTUSAN ONLINE