Pasangan yang membuat penampilan sulung di temasya berprestij bagi komuniti pekak sedunia itu tewas 15-21, 12-21 di Dewan Sukan Bafra di sini.

Untuk rekod, Malaysia pernah meraih emas tunggal sepanjang lima kali penyertaan dalam Deaflympics, dengan pencapaian terbaik itu diperoleh menerusi acara 110 meter lari berpagar oleh Zana Azizul Ujang pada temasya di Rome tahun 2001. - UTUSAN ONLINE