Beraksi di luar naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) nyata membuatkan pemain No. 38 dunia itu lebih tenang, malah kejayaan mengejutkan pilihan ke-13, Christie dari Indonesia pada aksi pembukaan semalam meningkatkan lagi keyakinannya.

“Selepas mengalahkan Jonatan pada pusingan pertama, keyakinan saya semakin naik dan saya gembira dengan permainan yang ditunjukkan setakat ini.

“Seperti yang saya katakan sejak awal, saya mahu pergi sejauh yang mungkin dan yang paling penting beraksi sebagai pemain profesional membuatkan tekanan itu sangat berkurangan.

“Perlawanan seterusnya cukup besar. Ya, memang saya memegang rekod pertemuan kami tetapi kemenangan terakhir saya adalah empat tahun lalu, jadi ia tidak boleh dijadikan ukuran.

“Apa pun, saya sudah bersedia untuk berdepan perlawanan ulangan dengannya dan harap dapat lakukan satu lagi kejutan,” kata juara Terbuka Perancis 2012, Daren.

Daren, 31, memegang rekod pertemuan 2-1 ke atas bekas pemain No. 1 dunia, Srikanth dengan kemenangan pertama diraih pada Terbuka Jepun 2012 17-21, 21-15, 22-20, diikuti Indonesia Masters 2014 - 21-15, 21-16.

Dia bagaimanapun tewas kepada Srikanth dalam pertemuan terakhir di Terbuka New Zealand, Mei lalu dengan keputusan 18-21, 17-21. -

Biarpun beraksi sebagai pemain bebas, namun Daren mengakui, dia turut terhutang budi dengan jurulatih kebangsaan, Tey Seu Bock yang banyak membantunya sepanjang di Nanjing. - UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN (pusingan kedua, Malaysia)

Perseorangan lelaki: LIEW DAREN kln Misha Zilberman (ISR) 21-16, 21-16

Perseorangan wanita: GOH JIN WEI kln Aya Ohori (JPN) 21-18, 22-20

Beregu lelaki : GOH V SHEM-TAN WEE KIONG kln ONG YEW SIN-TEO EE YI 21-16, 21-15; AARON CHIA-SOH WOOI YIK kln Lee Jhe-Huei-Lee Yang (Tpe) 16-21, 21-18, 21-19

Beregu wanita : VIVIAN HOO-WOON KHE WEI kk Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (Jpn) 12-21, 21-19, 12-21; CHOW MEI KUAN-LEE MENG YEAN kln Isabel Herttrich-Carla Nelte (Ger) 16-21, 21-17, 22-20