Dalam saingan yang berlangsung di Axiata Arena, di sini, pemain berusia 32 tahun itu ketinggalan 10 mata pada set pertama pada kedudukan 2-12 sebelum bangkit untuk menang 23-21.

Pada set kedua, Daren meningkatkan kelajuan permainan untuk menang 21-13.

Daren mengakui sangat gembira kerana berjaya menundukkan Tommy buat kali pertama dalam kariernya selepas gagal dalam tiga pertemuan terakhir termasuk tewas di Terbuka Korea, tahun lalu.

"Memang saya gembira sebab ini kali pertama saya menang dengan dia. Saya tidak pernah menang dengan dia sejak dari zaman remaja lagi.

"Set pertama jurulatih (Rashid Sidek) bagitahu bahawa permainan saya agak perlahan, jadi saya naikkan kelajuan permainan untuk kejar balik.

"Bagi saya sekarang ini, saya mahu layak ke suku akhir dahulu dan cuba cari mata sebanyak mungkin dalam setiap kejohanan yang saya sertai," katanya. - UTUSAN ONLINE