Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Chong Wei tidak sasar juara, tumpu perbaiki permainan

Lee CHONG WEI hanya memberi tumpuan untuk memperbaiki aspek permainannya
LEE CHONG WEI hanya memberi tumpuan untuk memperbaiki aspek permainannya dalam Kejohanan Dunia di Glasgow, Ogos ini.

KUALA LUMPUR 23 April – Ja­guh negara, Datuk Lee Chong Wei tidak meletakkan sasaran kejuaraan pada Kejohanan Badminton Asia sebaliknya lebih memberi tumpuan untuk memperbaiki aspek permainannya dalam Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Glasgow, Ogos ini.

Pemain berusia 35 tahun itu memberitahu, persiapan untuk kejohanan itu berlangsung de­ngan baik tetapi mengakui kecederaan lutut yang dialaminya sebelum ini masih belum pulih 100 peratus.

Katanya, kejohanan yang akan berlangsung di Wuhan itu merupakan antara kejohanan yang perlu disertainya kerana pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia diwajibkan menyertainya.

“Persiapan berjalan dengan baik tetapi kita tak boleh harap untuk menang semua kejohanan yang disertai.

“Kecederaan saya sudah pulih tetapi bukan 100 peratus, kejohanan ini juga sangat penting kerana saya juara bertahan.

“Sama seperti kejohanan lain tetapi ini lagi susah kerana pemain dari Asia sememangnya kuat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain