Perkara tersebut diumumkan oleh Chong Wei dalam satu sidang akhbar khas di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, hari ini.

Kata Chong Wei, dia masih boleh beraksi namun perlu mendapatkan nasihat doktor perubatan.

“Bagi saya ini adalah berkaitan masalah berkaitan kesihatan bukannya masalah kecederaan dan ia bukan penghalang untuk saya kembali ke gelanggang.

“Sepanjang saya mendapatkan rawatan banyak pihak yang memberikan sokongan moral kepada saya dan disebabkan saya amat sayangkan sukan ini maka saya perlu kembali beraksi,” kata Chong Wei. - UTUSAN ONLINE