Jaguh badminton No. 1 dunia itu tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pencabar dari Hong Kong, Hu Yun apabila hanya mengambil masa 27 minit untuk menang 21-8, 21-6.

Chong Wei, 35, yang mengungguli kejohanan pada 2016, 2014, 2013, 2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2006, 2005 dan 2004 kini bakal berdepan pemain muda Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin, yang mara selepas menumpaskan Brice Leverdez dari Perancis 21-13, 21-10. - UTUSAN ONLINE