Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan memberitahu, pemain berusia 36 tahun itu sedang menjalani rawatan dengan baik di negara itu dan dijangka tiba di ibu negara esok.

“Saya sudah bercakap de­ngan Chong Wei, Rabu lalu dan dia masih belum mendapat kebenaran untuk pulang tetapi hari ini, dia diberi kebenaran oleh pasukan perubatan di sana.

“Mewakili BAM, saya menggesa orang ramai untuk menghormati privasi pemain itu,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu akan pulang ke tanah air de­ngan menaiki pesawat peribadi.

Jaguh negara itu kini berada di Taiwan bagi menjalani pro­ses mengubati penyakit kanser hidung yang dihidapinya.