Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Chong Wei perlu strategi baharu

Lee Chong Wei akan menilai semula strategi permainannya bersama
Lee Chong Wei akan menilai semula strategi permainannya bersama jurulatih setelah dia kalah dua kali berturut-turut kepada Lin Dan.

KUALA LUMPUR 5 Mei - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mahu melupakan kekalahan dua kali berturut-turut kepada seteru tradisinya Lin Dan dan memberi fokus kepada persiapan untuk menyertai Kejohanan Dunia di Glasgow Ogos ini.

Jaguh negara itu tewas di pentas final Kejohanan Badminton Asia kepada Lin Dan, kurang sebulan daripada kekalahan pertamanya kepada juara dunia lima kali itu dalam perlawanan akhir Siri Super Premier Terbuka Malaysia.

Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu mengakui dia tidak beraksi pada tahap terbaik ketika tewas dua kali kepada pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik itu.

“Fokus saya sekarang adalah memperbaiki permainan sendiri, saya akan berbincang dengan jurulatih mengenai persiapan saya untuk ke Kejohanan Dunia.

“Dalam dua perlawanan itu, Lin Dan memang guna strategi baharu, (oleh itu) penting untuk saya melakukan persiapan terbaik,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memberikan wildcard kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Chen Long untuk beraksi di Glasgow selepas pemain itu gagal melayakkan diri secara merit pada tarikh akhir kelayakan kejohanan itu minggu lalu selepas hanya meng­huni ranking kesembilan dunia.

BWF membuat keputusan itu selepas mengambil kira kedudukan Chen Long selaku juara bertahan dan juara Asia 2017 selain pencapaiannya selaku juara dunia dua kali berturut-turut serta juara Olimpik.

Keputusan itu menyaksikan China kini memiliki empat pemain yang akan beraksi dalam acara perseorangan termasuk Lin Dan, Shi Yuqi dan Tian Houwei yang layak beraksi secara merit.

Mengulas mengenai keputusan BWF itu, Chong Wei menzahirkan perasaan terkejutnya terhadap perkara itu sambil menyifatkan China sudah memiliki tiga wakil yang layak secara merit.

Bagaimanapun, dia melihat perkara itu sebagai cabaran yang perlu dihadapi setiap pemain sekiranya ingin menjadi juara dunia.

“Kalau mahu jadi juara dunia, kita kena lawan semua pemain tetapi dalam keadaan ini memang susah untuk semua pemain.

“Apa pun kita kena terima keputusan BWF ini, tiada apa yang boleh dilakukan selain memberi fokus kepada permainan sendiri sahaja,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain