Chong Wei menewaskan pemain dari Hong Kong, Vincent Wong 21-12, 21-9 dalam aksi separuh akhir di Stadium Perpaduan di sini, malam tadi.

Kemenangan itu akan menyaksikan beliau bertemu musuh tradisinya, Lin Dan dari China bagi perebutan gelaran juara, esok.

Terdahulu, Lin Dan menang ke atas pemain Korea Selatan, Son Wan Ho, 27-25, 19-21, 21-16. - UTUSAN ONLINE