Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

'Chong Wei mampu kembali bangkit'

LEE CHONG WEI
LEE CHONG WEI

KUALA LANGAT 10 Sept. – Ketua jurulatih perseorangan badminton negara Datuk Misbun Sidek menyifatkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain luar biasa yang sukar digugat pemain tempatan lain walaupun untuk tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, walaupun Chong Wei kalah kepada pemain muda Perancis, Brice Laverdez dalam Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland baru-baru ini, keputusan itu tidak boleh dijadikan ukuran kepada prestasi semasa pemain berusia 35 tahun itu.

“Saya baru beberapa bulan kembali membimbing dia dan saya mendapati Chong Wei bukan seorang pemain yang mudah menyerah kalah begitu sahaja. Dia pemain yang luar biasa dan dia akan kembali (bangkit).

“Berani saya katakan Chong Wei mampu bermain untuk negara dalam kejohanan utama untuk tempoh empat hingga lima tahun akan datang. Kekalahannya baru-baru ini di Glasgow adalah berpunca dari masalah komunikasi yang boleh ditingkatkan pada masa depan,” katanya selepas majlis penutupan Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah, bekas pemain Datuk Seri Jalani Sidek dan Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Kota Raja, Mohd. Kushyairi Aziz.

Tambah Misbun, Chong Wei mampu mengikuti regim latihan yang berat setanding pemain-pemain muda, malah dia yang lebih menonjol semasa sesi latihan.

Misbun menambah dia masih belum melihat kelibat pemain muda yang mampu menggantikan tempat Chong Wei untuk tempoh 15 tahun akan datang bagi mewakili negara dalam kejohanan besar di peringkat antarabangsa.

“Saya akan mengembalikan dia ke tahap semasa dia memenangi lebih 60 kejohanan utama dunia. Dia tetap sandaran utama negara untuk Sukan Komanwel 2018 mahupun Piala Thomas akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain