Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Chong Wei ke suku akhir Kejohanan Asia

Lee CHONG WEI tidak menghadapi masalah untuk ke suku akhir Kejohanan
LEE CHONG WEI tidak menghadapi masalah untuk ke suku akhir Kejohanan Asia selepas mengatasi Kenta Nishimoto 22-20, 21-12 di Wuhan, semalam.

KUALA LUMPUR 27 April – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah melangkah ke suku akhir Kejohanan Asia selepas mudah mengetepikan cabaran wakil Jepun, Kenta Nishimoto 22-20, 21-12 dalam pusingan ke­dua yang berlangsung di Wuhan, hari ini.

Pemain No. 1 dunia itu akan berdepan cabaran wakil Taiwan, Hsu Jen Hao yang turut mara selepas menundukkan Ajay Jayaram dari India, 21-19, 21-10.

“Perlawanan semuanya berlangsung dengan baik, selepas menang pada set pertama, permainan menjadi agak sukar pada set kedua tetapi tiada masalah.

“Saya melihat dia (Nishimoto) sebagai pemain muda yang sedang meningkat naik dan sudah pasti dia akan memberikan cabaran sengit pada masa akan datang,” kata Chong Wei ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Jepun, Kenta Kazuno-Ayane Kurihara 21-11, 21-8 dan akan bertemu pilihan ketujuh kejohanan, Zhang Nan-Li Yunhui dalam aksi suku akhir.

Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei turut cemerlang apabila mengesahkan tempat ke suku akhir hasil kemenangan ke atas pasangan China, Huang Yaqiong-Tang Jinhua 16-21, 21-14, 21-16.

Kejayaan itu menyaksikan mereka bakal berdepan tentangan pilihan utama dari Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemain perseorangan profesional lelaki, Chong Wei Feng, Sonia Cheah (perseorangan wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin apabila tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain