Pemain berusia 35 tahun tersebut mengambil masa selama 47 minit untuk menundukkan musuh tradisi dari China itu dengan keputusan 21-14, 21-19 di Hong Kong Coliseum.

Kemenangan tersebut menyaksikan Chong Wei meraih kemenangan ke-14 kali ke atas Chen Long sepanjang 27 rekod pertemuan antara mereka sejak tahun 2009.

Kali terakhir bekas pemain No. 1 dunia itu merangkul gelaran ketika memenangi All England pada 12 Mac lalu setelah menundukkan Shi Yuqi dari China, 21-12, 21-10.- UTUSAN ONLINE