Dia menghantar dua lori sarat berisi makanan. sebahagian besarnya biskut, dan 100 biji bantal untuk diserahkan kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Walaupun saya tidak dapat ke sana bersama-sama mereka (mangsa banjir), tapi saya tolong mana yang boleh untuk bantu mangsa banjir di sana.

“Saya ada menerima mesej memaklumkan keperluan mangsa banjir yang masih belum cukup, dan saya hantar sedikit bantuan,” katanya ketika ditemui Bernama di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam.

Pemain berusia 35 tahun yang berasal dari Bukit Mertajam Pulau Pinang itu, berharap bantuan yang dihulur dapat mengurangkan beban mangsa banjir.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan 1 meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri itu telah meragut tujuh nyawa. - BERNAMA