Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Chong Wei harap Norza bawa perubahan besar

LEE CHONG WEI
LEE CHONG WEI

KUALA LUMPUR 21 April - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mampu melakukan perubahan besar ke atas Persatuan Badminton Malaysia (BAM), terutama bagi memajukan skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Pemain No. 1 dunia itu memberitahu, Mohamad Norza merupakan antara individu yang sudah lama bersama bersama BAM dan bakal menggalas tanggungjawab besar sebaik sahaja dilantik secara rasmi sebagai presiden pada 29 April ini.

Katanya, badminton sangat penting kepada masyarakat negara ini dan BAM perlu mencari jalan terbaik untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu yang mampu menyerlah di pentas antarabangsa.

“Sebagai pemain yang paling senior, saya berharap Datuk Seri Norza dapat membawa perubahan besar di dalam BAM kerana kita semua tahu bahawa persatuan ini memiliki ramai pemain baharu.

“Saya berharap Datuk Seri akan mengadakan pertemuan dengan barisan jurulatih untuk mencari jalan terbaik untuk melahirkan lebih ramai pemain yang mampu menggalas cabaran negara pada masa akan datang.

“Saya percaya, Datuk Seri mempunyai banyak idea baharu untuk memajukan badminton dan sebagai pemain saya akan memainkan peranan tersendiri untuk membantunya,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, kemelut perebutan kerusi No. 1 BAM akhirnya mencapai jalan penyelesaian terbaik apabila Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid memberi laluan kepada Mohamad Norza Zakaria untuk memimpin persatuan itu pada penggal akan datang.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua Timbalan Presiden BAM itu mengadakan pertemuan tertutup semalam setelah diberikan mandat oleh barisan Ahli Majlis untuk mencari jalan penyelesaian sebelum kongres pemilihan pada 29 April ini.

Menerusi penyelesaian itu juga, Mohamed Al Amin terus diberi kepercayaan untuk bersama BAM selaku penasihat bagi penggal yang baharu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain