Chong Wei, 35, yang bergelut dalam tiga perlawanan pertamanya bagaimanapun tampil dengan aksi lebih meyakinkan ketika menumpaskan Yuqi, 21, sekali gus menghampiri kejuaraan ketujuh dalam kejohanan bertaraf Siri Super itu.

Bekas pemain No. 1 dunia itu juga juara bertahan bagaimanapun bakal berdepan tugas getir dalam penentuan gelaran esok apabila bertemu juara baharu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark.

Axelsen, yang baru dinobat sebagai juara dunia di Glasgow, bulan lalu mara ke final selepas menumpaskan pemain No. 1 dunia, Son Wan Ho 21-16, 21-16. - UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN (separuh akhir)

Perseorangan Lelaki
LEE CHONG WEI kln Shi Yuqi (CHN) 21-19, 21-8, Viktor Axelsen (DEN) kln Son Wan Ho (KOR) 21-16, 21-16

Beregu lelaki
Takuto Inoue-Yuki Kaneko (JPN) kln Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov (RUS) 12-21, 21-18, 21-19; Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo (INA) kln Mathias Boe-Carsten Mogensen (DEN) 21-15, 21-14

Perseorangan wanita
Carolina Marin (ESP) kln Nozomi Okuhara (JPN) tarik diri; He Bingjiao (CHN) kln Chen Yufei (CHN) 21-14, 25-23

Beregu wanita
Kim Ha Na-Hee Yong Kong (KOR) kln Naoko Fukuman-Kurumi Yonao (JPN) 21-19, 21-11; Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (JPN) kln Yuki Fukushima-Sayaka Hirota (JPN) 21-11, 21-15

Beregu campuran
Takuro Hoki-Sayaka Hirota (JPN) kln Pranaav Jerry Chopra-Reddy N. Sikki (IND) 14-21, 21-15, 21-19; Wang Yilyu-Huang Dongping (CHN) Kln Praveen Jordan-Debby Susanto (INA) 21-14, 21-19