Pemain berusia 35 itu tampak mudah menumbangkan pilihan kedua, Son Wan Ho dari Korea Selatan dengan keputusan 21-11, 21-12 dalam tempoh 37 minit di Hong Kong Coliseum.

Ini merupakan kemenangan ke-11 Chong Wei ke atas Won Wan Ho sepanjang 13 rekod pertemuan antara mereka.

Bekas pemain No. 1 dunia itu, yang merangkul gelaran All England pada Mac lalu bakal berdepan sama ada musuh tradisinya, Lin Dan dan Shi Yuqi, yang kedua-duanya dari China di separuh akhir esok.- UTUSAN ONLINE