Meskipun sudah semakin berusia, namun dia percaya Chong Wei memiliki pengalaman selain keazaman yang cukup kuat untuk berdepan lawannya yang juga juara dunia baharu, Viktor Axelsen malam ini.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, Chong Wei adalah pemain bukan pilihan dalam kejohanan ini tetapi dengan pengalaman yang dimilikinya, dia mampu melangkah ke final.

“Dia kalah pada awalnya tetapi dia berjaya bangkit ke prestasi terbaiknya untuk ke final malam ini.

“Sudah pasti aksi final malam ini akan menjadi sangat sengit terutama menentang pemain muda tetapi saya percaya peluang (kejuaraan) untuk Chong Wei itu sentiasa ada,” katanya ketika ditemui di Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan, di Pusat Kecemerlangan Sukan Para, di sini hari ini.

Chong Wei yang merangkul kejuaraan itu sebanyak empat kali pada 2008, 2009, 2010 dan 2013 akan berdepan Axelsen pada pukul 9 malam ini.-UTUSAN ONLINE