Pertembungan itu dijadual berlangsung selepas Chong Wei menang 21-7, 21-7 ke atas Hyun Il pada pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Dalam aksi terdahulu, Axelsen terpaksa beraksi hingga ke set penentuan sebelum menundukkan wakil Thailand, Tnongsak Saensomboonsuk 23-21, 19-21, 21-11.

“Dia pemain No.1 dunia, tiada apa yang perlu dirisaukan, saya akan beraksi sebaik mungkin di tempat sendiri,” kata Chong Wei selepas tamat permainan.-UTUSAN ONLINE