Vivian-Khe Wei yang diletak sebagai pilihan ketiga kalah mengejut 18-21, 21-8, 15-21 kepada pilihan keenam dari Denmark, Maiken Fruergaard-Sara Thygesen pada kejohanan bertaraf Grand Prix Emas yang berlangsung di Arena Tertutup Basel.

Terdahulu cabaran Malaysia dalam tiga lagi acara yang disertai iaitu perseorangan dan beregu lelaki serta perseorangan wanita berakhir lebih awal. - UTUSAN ONLINE