Nasib paling malang menimpa beregu campuran negara yang juga pilihan kelapan, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang tewas mengejut 14-21 dan 16-21 kepada pasangan kurang ternama dari Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dalam aksi berlangsung di Hong Kong Coliseum, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Satu lagi pasangan negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, dalam pada itu, memberikan tentangan sengit kepada pilihan kedua, Wang Yilyu-Huang Dongping dari China sebelum kalah 11-21, 21-18 dan 6-21.

Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut tersingkir pada kejohanan menawarkan hadiah wang tunai AS$400,000 (RM1.674 juta) itu selepas tumpas 16-21, 21-12 dan 12-21 kepada juara dunia 2015, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia.- BERNAMA