Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, bukan seorang yang didapati terlibat dalam skandal tersebut seperti dilaporkan media tempatan hari ini sebaliknya dua pemain dan mereka tidak berada di bawah seliaan pihaknya.

Kata Mohamad Norza, pihaknya tidak boleh mendedahkan nama dan maklumat terperinci berhubung dua pemain tersebut kerana mahu menghormati siasatan BWF.- UTUSAN ONLINE