Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bukan ‘pentas’ Chong Wei

Lupakan Sukan SEA, buru kejuaraan dunia pertama - Khairy

KHAIRY JAMALUDDIN (empat dari kanan) dan M. Saravanan (empat dari
KHAIRY JAMALUDDIN (empat dari kanan) dan M. Saravanan (empat dari kiri) menyaksikan petukaran dokumen antara Kamarudin Meranun (lima dari kiri) dan Zolkples Embong dalam perjanjian persefahaman antara MASOC dan AirAsia di RedQ, Sepang semalam. UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD NOR

SEPANG 10 April - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sekali lagi menegaskan agar Datuk Lee Chong Wei menumpukan perhatian kepada Kejohanan Dunia di Glasgow berbanding Sukan SEA 2017 (KL 2017).

Katanya, temasya sukan dwitahunan itu bukan gelanggang yang sepatutnya perlu diberi keutamaan walaupun ia agak istimewa memandangkan Malaysia menjadi tuan rumah tahun ini.

“Sukan SEA hanya sesuai untuk pemain muda. Saya katakan pada Chong Wei sebelum ini le­bih baik tumpu Kejohanan Du­nia kerana kualitinya lebih diperlukan di situ.

“Pada saya bagi peluang ju­nior mendapatkan pendedahan kerana setakat ini kita tidak nampak ada pengganti lagi yang boleh mengisi tempat Chong Wei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis menandatangi perjanjian penajaan antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) 2017 di sini hari ini yang membolehkan jumlah penajaan kini mencapai RM70.5 juta daripada RM80 juta yang disasarkan.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan; Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong.

Pada mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan SEA sebelum ini, nama Chong Wei turut disenaraikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sekali gus me­nimbulkan kekeliruan pertan­dingan mana akan disertainya memandangkan Kejohanan Du­nia dan KL 2017 berjalan hampir se­rentak.

Kejohanan Dunia berlangsung dari 23-27 Ogos manakala Sukan SEA dari 19-31 Ogos.

Sebelum ini Khairy juga sudah pun memberi lampu hijau kepada Chong Wei untuk beraksi dalam kejohanan dunia namun BAM tetap berkeras menyenaraikan namanya ke Sukan SEA.

Chong Wei belum pernah muncul juara dunia mahu pun Sukan Olimpik, dan pada usia 35 tahun dia harus membuat pilihan tepat untuk menentukan pertandingan mana perlu disertainya.

Jaguh No. 1 dunia itu hanya diturunkan dalam acara berpa­sukan pada Sukan SEA Singapura, dua tahun lalu dan Malaysia masih mampu pulang bersama pingat emas perseorangan lelaki menerusi Chong Wei Feng yang menewaskan rakan senegara, Mohd. Arif Abdul Latiff di final.

Malaysia juga meraih pingat emas beregu wanita menerusi Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain