Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Biarlah Al-Amin, Norza bertanding

TIDAK sampai tiga minggu lagi mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan berlangsung.

Mat Sport
Mat Sport

Peminat badminton dan Mat sendiri ternanti-nanti bagaimana agaknya proses peralihan pucuk pimpinan dalam badan induk tersebut bakal berlaku.

Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selesai mengadakan kongresnya dengan menyaksikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi presiden baharu menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, kini tumpuan adalah kepada BAM pula.

Tempoh menjelang AGM BAM juga hangat seperti hangatnya hari-hari menjelang kongres FAM pada 25 Mac lalu, malah mungkin lebih panas lagi. Ini kerana kemelut untuk menentukan sama ada peralihan jawatan itu akan dibuat menerusi pertandingan melibatkan dua timbalan presiden iaitu Tan Sri Mohamed Al-Amin Majid dan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria atau berdasarkan gentlemen’s agreement.

Setakat ini Mat lihat Ahli Majlis BAM bertegas inginkan perubahan itu dibuat menerusi pertandingan menerusi isyarat yang diberikan mereka apabila menyerahkan kepada dua individu itu untuk mencari jalan penyelesaian.

Bagi Mat, perkara ini tidak akan menemukan jalan noktah selagi AGM belum berlangsung. Kalau begitulah, senang saja... pilihan pertama, apa kata biarkan sahaja mereka bertanding merebut jawatan Presiden BAM pada AGM 29 April nanti.

Tiada masalah untuk sesiapa mencabar kedudukan presiden kerana ini merupakan proses demokrasi, Exco berhak untuk mencalonkan sesiapa sahaja, malah mereka boleh mencalonkan diri sendiri untuk kerusi itu.

Opsyen kedua, Mat sokong kenyataan Datuk Wira Mazlan Ahmad yang menyarankan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff perlu kembali mengisi jawatan Presiden BAM sebelum AGM berlangsung sebab beliau adalah orang paling layak untuk mengelakkan daripada berlakunya perpecahan dalam persatuan itu.

Kalau Tengku Mahaleel mampu kembali menjadi presiden (jika dia sihat), tidak akan timbul lagi soal gentleman’s agreement atau siapa lebih layak menjadi presiden kerana akan ditentukan sendiri oleh Ahli Majlis BAM secara adil.

Memang kita tahu Norza memiliki kebolehan untuk menjadi pemimpin BAM yang berkaliber, dan disokong pula oleh gentleman’s agreement untuk menutut ‘haknya’ bagi menduduki kerusi Presiden BAm bagi penggal 2017-2021.

Tetapi harus diingat, sesiapa pun boleh bertanding untuk jawatan itu termasuk Al Amin. Ini adalah persatuan sukan. Ja­ngan harapkan ada semangat kesukanan dalam persatuan sukan.

Jadi, Mat rasa lebih elok diadakan pertandingan antara dua individu ini, may the best man win.

Kalaulah itu berlaku, maka BAM melakar sejarah baharu apabila pertama kalinya sejak punubuhannya pada 1964, jawatan presiden dipertandingkan pada hari pemilihan.

Cuma risikonya kalau bertanding, siapa yang kalah mungkin hilang kedudukannya dalam BAM.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain