Aksi di Stadium Perpaduan itu menyaksikan Ee Yi-Yew Sin terpaksa bekerja keras hampir sejam sebelum menunjukkan jalan keluar kepada Conrad-Petersen-Pieler Kolding dengan keputusan 21-19, 16-21, 21-10.

Kejayaan itu menyaksikan mereka bakal berdepan cabaran Fu Haifeng-Zheng Siwei dari China selepas pasangan itu menewaskan Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov 22-20,17-21,21-14 .

“Kami beraksi dengan baik dan kepercayaan kami semakin bertambah ketika beraksi hari ini.

“Bagaimanapun, pada set kedua kami kehilangan rentak permainan tetapi berjaya bangkit pada set ketiga untuk meraih kejayaan pertama di sini.

“Bagi penonton dan seluruh rakyat Malaysia kami akan berlawan sehabis baik,” katanya Ee Yi.-

Turut mara ke pusingan kedua ialah gandingan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean selepas menundukkan pasangan Indonesia, Dian Fitriani-Nadya Melati 21-18, 21-14.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi pasangan beregu wanita, Joyce Choong-Tee Jing Yi apabila mereka tewas kepada pilihan keenam dari China, Luo Ying-Luo Yu 21-14, 21-18.-UTUSAN ONLINE