Pasangan muda negara itu menundukkan pilihan kelapan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-18, 21-16 dan akan bertemu sama ada Goh V Shem-Tan Wee Kiong atau Lee Jun Hui-Liu Yuchen yang akan beraksi petang ini.

Turut ke suku akhir ialah Chan Peng Soon-Goh Liu Ying selepas menundukkan pilihan ke-11 dari England, Marcus Ellis-Lauren Smith 21-16, 17-21, 21-18 untuk bertemu pemenang di antara Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dan pilihan ketiga dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Sementara itu, gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal ke suku akhir selepas tewas 22-20, 14-21, 6-21 kepada Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa.

Turut tersingkir pasangan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean selepas tewas 18-21, 13-21 kepada pilihan kelima dari Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu.-UTUSAN ONLINE