Aksi di Istora Senayan, Jakarta menyaksikan gandingan negara itu tewas 17-21, 8-21 kepada wakil tuan rumah yang juga pilihan utama kejohanan, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam aksi yang memakan masa 38 minit.

Kekalahan itu merupakan kekalahan ke-10 pasangan negara daripada 11 pertemuan sebelum ini dengan kali terakhir mereka menang di Terbuka China 2012.-UTUSAN ONLINE