Goh-Lai yang merupakan pilihan kelapan, bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada gandingan kurang ternama dari Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich sebelum menang 11-21, 21-12 dan 21-6 pada pusingan pertama kejohanan itu yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Pasangan Malaysia itu akan bertemu Marcus Ellis-Lauren Smith di pusingan kedua pada Khamis, selepas pasangan England itu menumpaskan gandingan Ricky Karandasuwardi-Debby Susanto dari Indonesia; 21-18 dan 21-18 dalam satu lagi aksi pusingan pertama.

Terdahulu, satu lagi pasangan beregu campuran negara yang juga pilihan ketujuh, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tersingkir daripada kejohanan menawarkan hadiah wang tunai AS$750,000 (RM3.121 juta) itu selepas tewas mengejut 21-19, 18-21 dan 18-21 kepada Robin Tabeling-Cheryl Seinen dari Belanda. - BERNAMA