Kian Meng-Pei Jing yang juga pilihan kelapan kejohanan tewas 21-16, 11-21, 14-21 kepada pasangan bukan pilihan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dalam aksi yang berlangsung lebih sejam di Stadium Tertutup Singapura.

Mereka menjadi wakil tunggal negara yang berjaya melangkah ke aksi separuh akhir selepas pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas dalam aksi suku akhir, semalam.-UTUSAN ONLINE