Pemain berusia 35 tahun itu bagaimanapun bermain lebih baik berbanding semalam ketika menang 22-20, 21-17 ke atas pemain bukan pilihan dari Indonesia, Tommy Sugiarto.

Seu Bock berharap, Chong Wei dapat terus meraih keyakinan dalam aksi seterusnya bagi mencerahkan misi memburu gelaran ketujuh.

“Saya lihat dia masih kurang yakin tetapi lebih baik berban­ding semalam.

“Saya boleh lihat dia kurang yakin terhadap taktikal sendiri dan permainannya juga tidak lancar se­perti sebelum ini. Harap keyakinannya akan meningkat dalam selepas ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Chong Wei kini akan berdepan pilihan keempat dari Taiwan, Chou Tien Chen yang menang 19-21, 24-22, 21-13 ke atas Hans Kristian Vittinghus dari Denmark.

Chong Wei menang semua enam pertemuan terakhir dengan Tien Chen.

Turut mara ke suku akhir beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang mengejutkan pilihan kelapan dari Taiwan, Lee Jhe Hui-Lee Yang 21-18, 21-12.

Sementara itu, beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan perseorangan wanita, Soniia Cheah gagal ke suku akhir selepas tunduk kepada lawan masing-masing hari ini.