Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen turut mengumumkan ban­dar raya Basel di Switzerland akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia 2019, walaupun Tokyo turut mengemukakan pencalonan.

Bandar raya Nanjing, China dipilih menjadi hos Kejohanan Dunia 2018 dan Nanning pula menjadi hos Piala Sudirman 2019.

Hoyer Larsen mengumumkan pe­milihan tuan rumah di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Badminton Thailand, Paisan Rangsikitpho berkata, mereka sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Piala Uber tahun depan. – BERNAMA