Keyakinan itu disuarakan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang menyifatkan pasangan utama negara itu sudah kembali ke prestasi terbaik mereka berdasarkan kepada kejayaan merangkul kejuaraan di New Zealand, semalam.

Katanya, BAM sememangnya bimbang dengan penurunan prestasi yang ditunjukkan pasangan itu sebelum ini sehingga memaksa mereka digugurkan daripada senarai pemain ke Siri Super Terbuka Australia untuk memberi ruang mereka menjalani latihan bagi memperbaiki kekuatan fizikal serta mental.

“Keputusan untuk merehatkan Vivian dan Khe Wei daripada menyertai sebarang kejohanan termasuk Terbuka Australia bagi membolehkan mereka fokus kepada latihan fizikal serta mental jelas membuahkan hasil positif.

“Kejayaan ini jelas akan menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk meneruskan misi yang lebih penting iaitu meraih pingat emas di Sukan SEA 2017,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

habis