Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BAM hantar Liu Ying berubat di Jerman

Norza Zakaria (tengah) bersama Lee Chong Wei dan Pengurus Pemasaran
NORZA ZAKARIA (tengah) bersama Lee Chong Wei dan Pengurus Pemasaran 100Plus, Leong Wai Yin (empat dari kanan) dan pemain badminton lain ketika majlis menandatangani perjanjian penajaan di Petaling Jaya semalam. UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ

PETALING JAYA 15 Mei - Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, Goh Liu Ying akan dihantar ke Halle, Jerman mulai Sabtu ini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan khusus berkaitan kece­deraan bahu dan lutut yang kerap membelenggunya.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, jaguh beregu campuran negara itu akan ditemani seorang pegawai Institut Sukan Negara (ISN) dan berada di sana hingga 9 Jun.

“(Penghantaran) ini ialah satu misi saya sejak menjadi Presiden BAM, 29 April lalu iaitu memberikan lebih tumpuan kepada masalah atlet. Sejak dua minggu lalu juga saya tanya mereka dan dapatkan maklumat secara individu.

“Liu Ying perlu mendapat ra­watan penuh dan segera oleh pakar yang khusus dalam kecedera­an sukan. Di sana, mereka akan diberitahu apa diagnosisnya, jenis rawatan dan runding cara serta berapa cepat dia mampu pulih,” katanya.

Norza ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian lanjutan Datuk Lee Chong Wei dengan produk minuman tenaga 100Plus.

Menerusi perjanjian itu, pemain perseorangan No. 1 dunia itu akan terus menjadi duta produk itu selama dua tahun lagi.

Liu Ying bersama Chan Peng Soon yang merupakan gan­dingannya dalam acara beregu campuran, juga merupakan duta jenama minuman isotonik No. 1 Malaysia itu di samping tiga lagi jaguh badminton negara iaitu Goh V Shem, Tan Wee Kiong dan Goh Jin Wei.

Sementara itu Norza berkata, BAM akan mengiklankan minggu ini mengenai kekosongan jawatan pengurus besar persatuan ekoran peletakan jawatan Lawrence Chew pada 5 Mei lalu. Jawatan ketua Akademi Badminton Malaysia juga akan diiklankan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain