Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar) berkata, prestasi semasa mereka sangat membimbangkan selain mencatatkan penurunan ranking yang sangat ketara selepas gagal beraksi cemerlang dalam setiap kejohanan yang disertai mereka sejak kebelakangan ini.

“Prestasi mereka sangat mengecewakan ketika ini, saya melihat mereka seperti tiada persefahaman semasa di dalam gelanggang.

“Bukan itu sahaja, malahan permainan mereka sudah boleh dibaca pihak lawan dan kami akan mencari penyelesaian terbaik untuk perkara ini bagi memperbaiki prestasi pada masa akan datang.

“Saya sudah berhubung dengan Jeremy (Gan) dan memberitahunya bahawa perkara ini perlu diselesaikan segera selain akan di bawa ke mesyuarat C&T akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

V Shem-Wee Kiong memulakan tahun baharu di ranking No. 1 dunia, kegagalan melakar sebarang kejuaraan tahun ini menyebabkan ranking mereka jatuh ke kedudukan keempat.

Pasangan No.1 negara itu sebelum ini tewas pada suku akhir All England bulan lalu, selain tersingkir di peringkat yang sama pada Terbuka India, awal bulan ini sebelum ditunjukkan jalan keluar 17-21, 21-23 oleh pasangan bukan pilihan dari Hong Kong, Or Chin Chung-Tang Chun Man dari Hong Kong pada aksi pembukaan di Grand Prix Emas Malaysia Masters, Kuching.

Beregu utama negara itu terus buntu dalam mencari penyelesaian terhadap isu kemerosotan prestasi yang dialami musim ini apabila sekali lagi gagal memburu kejuaraan pertama pada 2017 selepas tersingkir di suku akhir Terbuka Singapura, minggu lalu.