Pasangan negara Muhammad Fazriq Mohamad Razif dan Ong Zhen Yi memenangi acara tersebut selepas mengalahkan beregu Taiwan, Lin Hao-Chi-Wen Sheng Hao 21-18, 21-16 dalam final.

Terdahulu, Ooi Jhy Dar gagal dalam usaha memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran apabila kalah dalam acara perseorangan dan beregu lelaki bawah 17 tahun.

Dalam acara final perseorangan, Jhy Dar tumpas kepada pilihan utama, Vitidsarn Kunlavut dari Thailand, 6-21, 8-21.

Dia kemudian berganding dengan Jacky Kok Jing Hong dalam beregu lelaki, namun tewas kepada pasangan beregu Taiwan, Cheng Kai Wen-Chiu Yuh Hong 8-21, 16-21. - BERNAMA