Beliau juga tidak berpuas hati dengan prestasi beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang tewas kepada gandingan India Satwik Rankireddy-Ashwini Ponnappa, pasangan yang bukan dalam senarai ranking tertinggi dunia.

“Saya rasa kecewa kerana (secara) tradisi, kita sentiasa memenangi pingat emas di Sukan Komanwel bagi berpasukan campuran.

“Kita bergantung kepada pemain senior, hari ini terbukti bahawa mempunyai daya saing dengan pasukan seperti India,” katanya.

Namun dalam kekecewaan itu, Mohamad Norza memuji pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah yang mempamerkan semangat luar biasa dengan mengetepikan kecederaan buku lali dialaminya.

“Saya sudah rujuk dengan doktor dan pakar fisiologi, mereka tidak mahu membenarkan Soniia bermain sebab ia mungkin menjejaskan peluangnya untuk beraksi dalam acara individu dan dia (Soniia) hendak main. “Bila bertarung dengan pemain di ranking ke-12 dunia di kala pasukan sudah di ambang kekalahan, itu adalah cabaran besar dipikul Soniia...dia buat dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Norza meminta para pemain melupakan kekalahan hari ini dan kembali memberi fokus kepada acara individu.

Beliau optimis badminton mampu meraih tiga emas yang disasarkan dan berharap para pemain memberi tumpuan dan aksi yang menyakinkan kerana yakin hasil akan lebih positif jika para pemain berbuat demikian.

“Kita ada beregu lelaki, Chong Wei dalam perseorangan lelaki, ada beregu wanita dan beregu campuran. – BERNAMA