Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Badminton: Malaysia harap keajaiban emas

PEMAIN badminton lelaki Malaysia memenangi pingat perak selepas 2
PEMAIN badminton lelaki Malaysia memenangi pingat perak selepas kalah kepada Indonesia ketika perlawanan akhir.

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Malaysia kini mengharap­kan keajaiban untuk mendapat emas dalam acara badminton Sukan SEA Ke-29, meskipun sasaran itu dilihat sukar berdasarkan prestasi semasa.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost tidak menolak kemungkinan negara bakal ketandusan emas dalam temasya kali ini, selepas menyaksikan Malaysia memperoleh perak dalam kedua-dua kategori berpasukan lelaki dan wanita.

Malah katanya, sasaran dua pingat emas untuk temasya kali ini disifatkan ‘terlalu bercita-cita tinggi’.

“Thailand terlalu kuat dalam kategori wani­ta, baik acara perseorangan mahupun beregu, manakala Indonesia sangat bagus bagi kategori lelaki. Ada kemungkinan kita tidak akan mendapat sebarang emas dan saya harapkan perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Dalam aksi final wanita, Malaysia kalah 1-3 kepada Thailand manakala skuad badminton lelaki negara meraih pingat perak setelah perseorangan pertama, Iskandar Zulkarnain tewas 18-21, 17-21 kepada Jonatan Christie; beregu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kalah kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 12-21, 21-16 dan 14-21.

Perseorangan ketiga Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa menutup terus impian Malaysia mendapat emas dengan mengalahkan Lee Zii Jia 21-11, 21-11.

Undian bagi kategori perseorangan, beregu dan campuran dijadualkan esok.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain