Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Badminton Malaysia di landasan betul

KUALA LUMPUR 25 MAC 2016 - Temubual bersama Pengerusi SME Corp.
KUALA LUMPUR 25 MAC 2016 - Temubual bersama Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Ir. (Dr) Mohamed Al Amin Abdul Majid di Platinum Sentral di sini, hari ini.GAMBAR - NUR RASYIQAH FAUZI (PELATIH UITM)WARTAWAN - ABD. HALIM HADI (MEJA SUPLEMEN)TAN SRI MOHAMED AL AMIN ABDUL MAJIDPengerusi SME Corp. MalaysiaNOTA TERBITAN MARA4 APRIL 2016ISNINMUKA 6archived by NHJ

MUKADIMAH
MENJALIN kerjasama dengan beberapa negara Asia seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand antara inisiatif yang dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memastikan program pembangunan pemain pelapis terus diperkasakan.

Malah, selepas melakar kejayaan cemerlang dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio apabila membawa pulang tiga pingat perak, badan induk badminton negara itu sudah merangka beberapa pelan jangka panjang bagi memastikan Malaysia mampu terus menjadi kuasa dunia dan tidak ketandusan pemain masa depan.

Selain menjalin kerjasama dengan negara gergasi Asia, antara langkah lain yang diambil termasuk memperkasakan program pembangunan peringkat negeri, menambah bilangan pelatih skuad kebangsaan dengan tidak hanya tertumpu kepada pemain naungan ahli gabungan, sebaliknya turut bekerjasama dengan kelab profesional bagi memastikan ‘pool talent’ lebih besar bagi mencari lebih ramai pelapis untuk mewarnai sukan badminton negara.

Bagi mengetahui lebih lanjut program yang sedang dilaksanakan BAM, wartawan Mingguan Malaysia, NORZIE KHASBI dan NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR mendapatkan penjelasan daripada Pemangku Presiden BAM, TAN SRI MOHAMED AL AMIN ABDUL MAJID.

 

MINGGUAN MALAYSIA: Jika bola sepak mempunyai Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) apakah pelan ‘istimewa’ yang disediakan BAM untuk melahirkan pemain-pemain badminton masa hadapan Malaysia?

MOHAMED AL AMIN: BAM telah memulakan Program Pembangunan Negeri sejak beberapa tahun lalu. Menerusi program ini setiap negeri melatih di antara 32-80 pemain-pemain dari umur 9-18 sepanjang tahun. Program latihan dan bantuan kewangan disediakan BAM bagi membayar gaji atau elaun jurulatih, pembelian bulu tangkis, sewa gelanggang serta subsidi penyertaan dalam mana-mana Kejohanan Kebangsaan serta perkara-perkara berkaitan. Program ini mula menampakkan hasil apabila dalam kalangan pemain ini mampu memberikan cabaran sengit kepada barisan pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Pelapis Kebangsaan.

Tahun lalu BAM mengumumkan format baharu Grand Prix (GP) Kebangsaan, selain kejohanan peringkat umur bawah 18 dan bawah 21 yang akan dimulakan tahun ini? Apakah impak yang dijangka dibawa kedua-dua kejohanan ini?

Kejohanan Kebangsaan yang baru menawarkan hadiah wang tunai setaraf Kejohanan GP di bawah kendalian BWF (Persekutuan Badminton Dunia) iaitu sebanyak RM270,000. Kejohanan tahun ini akan dimasukkan ke dalam kalendar pertandingan bagi mengelakkan berlakunya pertindihan dengan mana-mana kejohanan antarabangsa lain. Keha­diran pemain-pemain terbaik selain hadiah wang tunai yang lumayan, sudah pasti kejohanan ini memiliki kelebihannya tersendiri. Kejohanan peringkat umur bawah 18 dan bawah 21 tambahan pula akan memberi peluang kepada pemain-pemain remaja menyertai lebih banyak pertandingan selain akan menjadi platform untuk BAM mencari bakat baharu untuk dimasukkan ke dalam skuad pelapis. Kami percaya format baharu ini akan menjadi dorongan untuk meningkatkan tahap pemainan mereka di bawah usia 16 tahun ke atas.

Mungkinkah akan ada pertambahan bilangan pemain dalam BAM selepas ini bagi meluaskan lagi bakat-bakat baharu atau akan ada proses kerjasama dengan kelab-kelab luar?

Bilangan pemain-pemain di Malaysia yang bertanding dalam pertandingan semakin mening­kat. Ini adalah hasil kerjasama BAM dengan persatuan di pe­ringkat negeri selain Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan serta kelab-kelab profesional. Jalinan kerjasama ini sudah lama wujud dan kelab-kelab badminton profesional sentiasa menjalankan kerjasama dengan persatuan badminton negeri.

Sebelum ini BAM ada menjalinkan kerjasama dengan Denmark dan Korea, adakah jalinan kerjasama itu masih berjalan ? Apakah perancangan bagi memantapkan barisan pemain berdasarkan kepada jalinan kerjasama ini?

Kerjasama de­ngan beberapa negara dalam latihan dan perlawanan persahabatan dalam kalangan pemain remaja masih dijalankan. BAM akan menandatangani perjanjian baharu untuk latihan bersama pemain-pemain remaja bersama empat negara termasuk Thailand, Indonesia, Korea dan Malaysia semasa kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia Celcom Axiata di Kuching pada 8 April ini. Saya percaya kerjasama ini akan mempercepatkan lagi proses pembangunan pemain remaja negara.

Adakah pemain profesional akan diberi peluang untuk me­nyertai skuad kebangsaan ke Piala Sudirman dan Sukan SEA? Bagaimana proses pemilihan dibuat adakah berdasarkan ­prestasi semasa atau sekadar proses pemilihan biasa seperti sebelum in?

Selama ini skuad kebangsaan dipilih ke kejohanan se­perti Piala Thomas, Piala Uber, Piala Sudirman, Sukan Asia, Sukan SEA adalah terdiri dalam pemain terbaik berdasarkan merit, tidak kira sama ada mereka daripada BAM, persatuan negeri atau kelab-kelab profesional. Selain prestasi pertandingan, kriteria lain yang dipertimbangkan adalah kelulusan ujian fizikal yang ditetapkan selain kesediaan menjalani latihan pusat serta mematuhi peraturan seperti pa­kaian seragam dan sebagainya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain