Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Badminton lelaki Malaysia ke final

Iskandar Zulkarnain
Iskandar Zulkarnain meraih mata pertama negara mengalahkan Ryan Ng Zin Rei menerusi tiga set, 19-21, 21-17 dan 21-10. - UTUSAN ONLINE/ROY AZIS ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pasukan badminton lelaki negara mengikut langkah pasukan wanita untuk mara ke peringkat akhir, selepas mengalahkan Singapura 3-0 dalam saingan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Arena Axiata, Bukit Jalil di sini hari ini.

Sebelum itu, stadium yang dipenuhi oleh penyokong Malaysia tidak senang duduk apabila melihat perseorangan pertama negara, Iskandar Zulkarnain terpaksa berhempas pulas mengalahkan Ryan Ng Zin Rei menerusi tiga set, 19-21, 21-17 dan 21-10.

Malaysia terus berada di hadapan meskipun beregu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga bergelut untuk menewaskan gandingan Loh Kean Hean-Terry Hee Yong Kai, 21-10, 20-22 dan 21-15.

Perseorangan ketiga, Soong Joo Ven menamatkan cabaran Singpura selepas mengatasi Loh Kean Yew 9-21, 21-17 dan 21-18 untuk menanti sama ada Indonesia atau Thailand sebagai lawan dalam perlawanan akhir yang dijadualkan esok pada pukul 3 petang. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain