Dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini menyaksikan Malaysia tewas 1-3 kepada Thailand.

Malaysia ketinggalan selepas emain perseorangan, Soniia Cheah tewas 12-21, 10-21 kepada Busanan Ongbumrungpan menjadikan kedudukan 0-1.

Vivian Hoo-Woon Khe Wei juga gagal menghidupkan peluang Malaysia selepas tunduk kepada Puttita Supajirakul-Saspiree Taerattanachai 9-21, 21-11, 21-18 menjadikan kedudukan 0-2.

Goh Jin Wei menghidupkan semula peluang Malaysia dengan menjadikan kedudukan 1-2 dengan menundukkan Nichaon Jindapol 22-20, 23-25, 22-20.

Harapan Malaysia musnah selepas pasangan beregu, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tewas kepada Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 12-21, 21-16, 18-21. - UTUSAN ONLINE