Pemain No.1 dunia itu bagaimanapun terpaksa berdepan aksi tiga set sebelum menundukkan Khosit Phetradab dari Thailand 21-17, 18-21, 21-13 bagi menempah aksi menentang Tanongsak Saensomboonsuk yang menewaskan Anders Antonsesn 21-14, 21-15.


Axelsen berkata, permainannya secara keseluruhan agak baik tetapi berdepan masalah pada penghujung set kedua dia mengahadapi ketegangan di bahagian kaki sekali gus memaksanya memperlahankan permainan.


“Set kedua saya berhadapan masalah dengan kaki saya, saya terlalu memaksa pergerakan dan menyebabkan kaki saya terasa tegang tetapi ia bukan satu kecederaan, selepas beberapa ketika saya kembali normal.


“Masalah seperti ini biasa berlaku terutama ketika pemain terpaksa merebahkan badan untuk menyambut bulu tangkis atau memaksa diri untuk bermain dengan pantas,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.


Sementara itu, Axelsen berkata, dia akan berdepan kesukaran untuk berdepan Tanongsak kerana pemain Thailand itu memiliki permainan menyerang yang sangat baik.


“Dia merupakan antara pemain Thailand yang bagus dan keadaan gelanggang yang berangin juga akan memberikan kesukaran untuk pemain,” katanya. - UTUSAN ONLINE