Kelihatan bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkifli dan bekas pemain skuad Piala Thomas 2010, Tan Chun Seang hadir pada sesi sebutan kes berkenaan bersama-sama peguam masing-masing. 

Sesi sebutan kes dijadual berlangsung selama dua hari dikendalikan oleh panel bebas yang dilantik BWF. 

Pada 13 Februari lalu, sukan badminton tanah air dikejutkan dengan insiden dua pemain bebas sedang disiasat oleh BWF berhubung kesalahan mengatur perlawanan.

Dua pemain tersebut kini tidak dibenarkan menyertai mana-mana kejohanan sepanjang siasatan kes berlangsung. - UTUSAN ONLINE