Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Al Amin, Norza bincang 
selepas Terbuka Singapura

KIRI Mohamed Al Amin dan Mohamad Norza Zakaria
KIRI Mohamed Al Amin dan Mohamad Norza Zakaria

KUALA LUMPUR 12 April – Pertemuan di antara Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut berkaitan jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka berlangsung selepas tamat kejohanan Siri Super Terbuka Singapura minggu ini.

Sumber dalaman BAM berkata, buat masa sekarang fokus mereka berdua diberikan terhadap pemain yang sedang beraksi di Si­ngapura dan selepas itu barulah kedua-dua timbalan presiden itu akan memberikan tumpuan kepada mencari penyelesaian kepada kemelut jawatan presiden.

Katanya, perkara itu akan diselesaikan sepenuhnya sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu pada hujung bulan ini.

“Pertemuan di antara kedua-dua pemimpin ini akan berlangsung selepas Terbuka Singapura dan sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan tidak lama lagi.

“Apa yang pasti BAM akan mengekalkan keharmonian yang menjadi tradisi persatuan ini sejak sekian lama dan segalanya akan diselesaikan menggunakan pendekatan terbaik,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif BAM di Kuching sabtu lalu, semua exco badan badminton itu bersetuju memberi mandat kepada Mohamed Al-Amin dan Mohamad Norza menyelesaikan kemelut pemilihan jawatan presiden pada AGM, 29 April.

Kemelut timbul antara Pemangku Presiden BAM, Mohamed Al-Amin dan lagi Timbalan Presiden, Mohamad Norza selepas wujud­nya ‘gentlemen’s agreement’ yang me­nyatakan bahawa jawatan presiden bagi penggal 2017-2021 akan diisi Mohamad Norza.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain